Nama pelakon, Zarina Zainuddin baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas meluahkan rasa sedih setelah bekal makanannya yang siap dimasak telah dirampas pihak imigresen ketika bercuti di Jepun.
Kongsi Zarina menerusi hantaran di Instagram, dia menurut kata rata-rata individu mengenai beberapa lauk yang dikatakan boleh dibawa masuk ke negara matahari terbit berkenaan, namun hampa apabila lauk seperti kari ayam, rendang daging, daging masak lada hitam, dan lain-lain telah dirampas pihak imigresen.
“Rata-rata orang cakap boleh je bawak masuk sebab tu saya bawak lauk-lauk ni, dah masak siap retort elok-elok tak lepas.
Sebab letak dalam kotak, diorang cakap letak dalam luggage 😅. Saya tak berani kang satu hal kena tahan kat negara orang.”-kongsi Zarina Zainuddin di Instagram
View this post on Instagram
“Mana Boleh Bawa Masuk Daging-Daging..”
Perkongsian Zarina mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menitipkan nasihat untuk membuat ‘research’ terlebih dahulu makanan yang dibenarkan atau dilarang untuk dibawa masuk ke sesebuah negara.
“Memang la tak boleh bawa masuk. Kena search dulu makanan apa yang boleh dan tak boleh.”
“Uish retort sepatutnya lepas. Pelik, takde rezeki.”
“Mana boleh bawak masuk daging-daging. Saya pergi mana-mana mesti google dulu mana boleh bawa, mana tak.”
“Tu yang risau. Lain negara lain rules kan. Ada yang boleh, ada yang tak.”
“Makanan berasaskan daging, tenusu, dan tumbuhan tak boleh dibawa masuk.”
View this post on Instagram
Apa komen anda?