Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i...

    [VIDEO] Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i Syed – ‘Saya Seru Kepada Semua Mangsa Terus Mara Ke Hadapan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah selebriti, Da’i Fuad menepis dakwaan penyanyi Baby Shima yang menganggap golongan agamawan ini seakan memilih kasih dalam menegur mereka yang melakukan kesilapan.

    Difahamkan, komen itu dibuat susulan kenyataan Da’i Fuad berhubung isu hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang lagi pendakwah, atas kesalahan merogol.

    ‘Saya tak pernah tidur’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Da’i Fuad menjelaskan bahawa sebagai seorang pendakwah, dia sudah pun menegur sahabatnya itu beberapa kali sebelum ini untuk sentias menjaga imej sebagai seorang pendakwah.

    Baby Shima mengkritik saya, katanya agamawan ini kalau kawan-kawan dia buat salah semuanya mendiamkan diri.

    Tapi kalau orang lain buat salah, mereka serang membuta tuli.

    Saya nak bagitahu bahawa umpawa isu Da’i Syed ini, isu ini dah lama dan bukan satu isu saja bahkan dah banyak sangat isu berlaku tetapi kami tidak mendiamkan diri.

    Cuma saya tak bolehlah kongsikan semua perkara yang saya tegur sewaktu berhubung dengannya supaya tidak menjadi fitnah kepada agama.

    Bukan itu sahaja, Da’i Fuad turut menunjukan tangkap layar hantaran mesej (DM) berbentuk teguran yang diberikan kepada Da’i Syed.

    Namun, saya berikan dua beban bukti bahawa saya khususnya, tidak tidur. Dan saya tidak berkiblatkan keadaan mana kawan, mana lawan.

    Yang pertama, pada tahun 2018 saya cakap tukarlah gaya rambut itu sebab macam tak sesuai sebagai seorang pendakwah.

    Yang kedua pada tahun 2023 saya tegur janganlah post tentang tarian sebab waktu itu tularnya video tariannya.

    Alhamdulillah, dia terima dan tak ada lagi video tarian baharu dari dia bersama pasangannya di media sosial.

    Seru mangsa suarakan hak

    Di akhir perkongsian itu, Da’i Fuad sekali lagi menegaskan bahawa isteri dan anak Da’i Syed tidak sewajarnya menjadi mangsa tohmahan susulan hukuman dan kesalahan yang dilakukan pendakwah selebriti itu.

    Saya konsisten bahawa kesalahan ini tidak harus diletakkan kepada isteri dan anaknya.

    Yang salah dan yang buat jenayah adalah dia (Syed).

    Saya juga seru kepada semua mangsa terus mara ke hadapan untuk suarakan hak anda dan kena ada keberanian.

    Terdahulu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    ALSO READ:  Harapan Shila Amzah untuk Syada & Syahir Bahagia dengan Tontonan Persembahan 'Opening' di #AJL38

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts