Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi, Cetus Pelbagai Reaksi...

    [VIDEO] Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Fasa Yang Akan Dirindukan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui isteri kepada pendakwah, Dai Syed iaitu Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 14 Ogos lalu.

    Menitipkan rasa syukur di atas kelahiran puteri sulung, Dai Syed turut berkongsi nama bayi perempuan mereka bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

    Terkini, Dai Syed dilihat memuatnaik beberapa video yang memaparkan dirinya yang pertama kali bergelar bapa itu sedang bersengkang mata menjaga bayi sulungnya yang sedang menangis ketika ditukarkan lampin.

    “Slow-slow belajar 😂.”-kapsyen Dai Syed di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

    “Fasa Yang Akan Dirindukan Setiap Ibu Ayah Nanti…”

    Perkongsian Dai Syed dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bergelar ibu bapa, malah ramai yang turut berkongsi tips menjaga bayi buat pendakwah selebriti yang kini bergelar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

    “Ni kalau salin pampers dia sambil menangis rasa tak cukup tangan nak pakaikan minyak, pampers, seluar bedung. Fasa yang akan dirindukan setiap ibu ayah nanti.”

    “Ajar baby siang terang dan bising, malam gelap dan senyap. Memang mudah nanti. Good luck!.”

    “Bau baby best wangi dooh 😍.”

    “Ya allah teringat 40 hari yang lepas masa nurse suruh salin pampers anak sendiri. Struggle cari depan belakang pampers tu 🤣.”

    “Suara baby tu…masa tu rasa lambat lagi anak nak besar…wrong!.”

    “Untung fatima dapat baba yang prihatin sanggup berjaga demi puterinya😍.”

    “Hehehe rindu momen ni. Anak tengah nangis rasa kalutnya nak bagi pakai pampers. Ketar-ketar jadinya tambahan bersalin kembar dulu 😂.”

    Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 14 Ogos lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy Ring Yang Terbaharu?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts