Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syad Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful kembali mendapat teguran netizen selepas berkongsi kemesraannya bersama isteri Hana Ismail ketika sedang bercuti di luar negara.
Rai Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama Di Mesir
Selebriti pendakwah berusia 28 tahun ini dilihat memuatnaik video dirinya sedang menari bersama isteri ketika bercuti di Kaherah, Mesir sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
“اَلْحمدالله🤍 . SETAHUN ibadah kita. Moga Allah panjangkan ibadah ini untuk 50 tahun lagi, Amien ✨ Happy anniversary sayang 🕊️ . P/s : sorry sebab takder limo, naik tuk-tuk jer.”-kapsyen Dai Syed di Instagram
“Beria Sangat, Nanti Apa-Apa Tak Payah Buat Kapsyen Paling Tersakiti…”
Namun, lain pula reaksi segelintir netizen yang ‘kurang senang’ dengan perkongsian Dai Syed, serta ada yang berpendapat pasangan ini tidak mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang tular sebelum ini.
Biarpun mendapat kritikan, hantaran Dai Syed tetap dihujani dengan ucapan serta doa buat pasangan ini agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.