Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam...

    [VIDEO] ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam Nor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    rosyam nasha 1.jpgrosyam nasha 1.jpg

    Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor merupakan antara selebriti yang tidak pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangga dan keluarga.

    Sekadar kawan

    @dj_nazz

    Jemput Tonton yang penuh #kerusidjnazz bersama Datuk @Rosyam Nor …. #begitubeginidjnazz #begitubegini #djnazz #kerusidjnazz #pasangbadan #roshamnor #nashaaziz

    ? original sound – DJ Nazz – DJ Nazz

    Menerusi temu bual bersama penyampai radio DJ Nazz, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin itu mengimbas kembali momen ketika bekerjasama dengan aktres, Nasha Aziz menerusi sebuah filem.

    Menurut Rosyam, Nasha banyak membantunya dari segi pemilihan pakaian yang sesuai untuk menjayakan watak bagi filem tersebut.

    Masa kami buat filem itu, kami tak ada wardrobe specific yang dijaga. Nasha kata, ‘tak apa, awak ajar saya berlakon, pakaian awak saya siapkan.’

    Dia kan model, dia tahu pasal fesyen. Aku bodoh, anak setinggan mana tahu pasal fesyen.

    Selepas itu dia suruh aku beli baju dan dia tolong siapkan pakaian untuk setiap babak.

    Bagaimanapun, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu berkata, dia sama sekali tidak pernah menyimpan perasaan terhadap aktres jelita tersebut dan menghormati isterinya.

    Aku jatuh cinta dengan dia, dalam filem kena jatuh cinta. Luar filem, aku kawan dengan dia.

    Bini aku lawa, kau tak kenal bini aku. Bini aku lagi lawa dari Nasha Aziz.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi jawapan yang diberikan oleh aktor berusia 57 tahun itu kerana mencintai isterinya sepenuh hati meskipun bergandingan dengan seorang pelakon yang anggun.

    Mesti bangga isteri dia dengar ni, terus sayang 10000%.

    Bagus datuk, memang dari dulu tak pernah ada gosip. Sayang betul dia dengan isteri.

    Isteri datuk memang cantik, pernah jumpa. Tapi mesti ada perkara lain yang buat suami sayang pada isteri.

    Untuk info, Rosyam mendirikan rumah tangga bersama Datin Runika Mohd Yusof pada tahun 1989, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

    ALSO READ:  Nana Mahazan Tak Pening Fikir Balik Raya Sebab Suami Mualaf – ‘Abang Saya Pun Kahwin Dengan Cina & Adik Kahwin Dengan India’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts