Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berkongsi pengalamannya apabila ditegur peminat setibanya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
‘Saya tak nak orang lain fikir saya gila’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Leona akui terkejut dengan tindakan beberapa individu yang memanggil namanya berkali-kali di lapangan terbang selain turut mengetahui nama penuhnya.
Saya nak beritahu satu cerita, bila saya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, saya tak sangka ramai orang tahu saya. Saya lupa yang ada orang kenal saya.
Bila saya keluar, ada orang panggil nama saya ‘Leona’. Saya terkejut macam mana dia kenal dan tahu nama penuh saya.
Tambah Leona lagi, paling tidak disangka-sangka apabila ada segelintir individu memintanya untuk mendendangkan lagu Ketipak Ketipung Raya seperti yang pernah dinyanyikannya di TikTok.
Lepas tu, dia cakap dia tengok video saya menyanyi. Kemudian dia keluar telefon dan rakam minta saya nyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya.
Saya agak malu. Kalau korang jumpa saya di luar, jangan suruh saya menyanyi. Saya tahu dalam TikTok saya nampak gila, real life pun saya gila. Tapi saya rasa agak malu. Saya tak nak orang lain fikir saya gila.
Dalam pada itu, Leona akui meskipun dia nampak ‘sporting’ tetapi dalam masa yang sama dia akui berasa berasa segan sekiranya diminta bernyanyi di tempat awam.
Video
@leonathe2nd? original sound – le yoooooooo na