Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Danial Kifli Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Bawa Doa Ibu Ayah...

    [VIDEO] Danial Kifli Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Bawa Doa Ibu Ayah Untuk Terus Berjaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Danial KifliDanial Kifli

    Penyanyi meningkat naik, Danial Kifli memberitahu pernah terdetik untuk berhenti menyanyi disebabkan single pertamanya berjudul ‘Pergilah Cinta’ tidak mendapat sambutan pada awal terbitan.

    Berhenti menyanyi

    Danial KifliDanial Kifli

    Ketika ditemui , Danial, 21, bagaimanapun bersyukur tuah akhirnya berpihak kepadanya apabila lagu berkenaan menjadi tular dan mendapat perhatian ramai pendengar selepas beberapa bulan dilancarkan.

    Tipu kalau tak pernah rasa give up menyanyi. Sejujurnya dari sewaktu rakamanan lagu Pergilah Cinta sudah rasa berputus asa disebabkan beberapa faktor. Salah satunya saya asal Muar, Johor dan jarak ke KL agak jauh. Cabaran untuk merantau seorang diri.

    Selepas lagu itu dilancarkan, saya lihat macam tiada hasil. Rasa nak putus asa kerana banyak dah pengorbanan dari segi masa, tenaga dan duit yang dikeluarkan.

    Tetapi alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya. Lagu Pergilah Cinta akhirnya diterima dan menjadi penyebab saya bangkit semula serta mahu bertahan dalam industri. Saya sudah fikir mahu kerja sahaja jika single pertama itu tidak mendapat sambutan.

    Danial berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Musnah yang diadakan di Zecon Hotel, Cheras, pada Selasa.

    Melanjutkan bicara, Danial berkata dorongan yang diberikan oleh ibu dan ayah menjadi sumber kekuatan untuknya terus bertahan dalam industri.

    Apa yang saya buat ini hanya untuk diri sendiri, itulah juga yang buat saya terus bertahan walaupun ada yang kecam. Saya menyanyi dari hati sendiri, ikhlas. Andai ada yang tidak terima saya akan usaha lagi.

    Doa ibu, ayah, keluarga dan orang terdekat juga menjadi salah satu sumber kekuatan saya. Mereka sentiasa mendorong kerjaya saya.

    Sementara itu, Danial akui sebagai pendatang baharu banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuk untuk bersaing secara sihat dengan penyanyi lain.

    Saya artis baharu, sudah pasti cabaran itu ada. Tetapi dengan rezeki lagu Pergilah Cinta, itu menjadi batu loncatan untuk saya pergi lebih jauh.

    Nak bersaing dalam industri ini saya sedar ramai yang lebih bagus, ada juga yang BBNU lebih baik. Saya sedar di mana kemampuan saya, banyak perkara yang perlu saya belajar. Namun tak mustahil untuk berjaya.

    Apabila jadi penyanyi ini ada yang suka ada yang tak suka. Pernah juga ada yang suruh saya berhenti menyanyi. Namun, saya ikhlas buat pekerjaan saya.

    Musnah

    Danial KifliDanial Kifli

    Berkongsi mengenai single Musnah, Danial berkata, lagu hasil ciptaanya bersama tiga rakan lain iaitu Amir Hariz, Knight Cydeen dan Hawa Zulaikha adalah hadiah istimewa buat peminat.

    Jujurnya saya takut untuk melancarkan single ini kerana Pergilah Cinta berada pada satu tahap yang tinggi dan penerimaannya sangat luar biasa, jadi saya agak gementar untuk melihat maklum balas pendengar untuk single Musnah.

    Tapi Alhamdulillah sebaik muzik video Musnah dilancarkan di YouTube pada 21 Jun lalu, lagu ini terus trending dan kini berada di tangga ke-15. Malah jumlah tontonan untuk single ini juga mencatatkan peningkatan yang ketara.

    Kalau sebelum ini menerusi single Pergilah Cinta jumlah tontonan sekitar 15,000 sehari, tapi Musnah mencecah 25,000 tontonan sehari. Saya harap Musnah akan diterima baik sekali gus mencatat satu lagi sejarah baharu untuk portfolio kerjaya saya sebagai pendatang baharu dalam bidang ini.

    Selain itu saya juga cuba memantapkan vokal supaya kehadiran saya terus diterima baik. Saya tidak mahu dilabel sebagai penyanyi syok sendiri atau hanya bersandarkan rupa tapi saya nak dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai pakej lengkap.

    Video

    ALSO READ:  Terkabulnya Impian Aisyah Hijanah Memiliki Rumah Idaman, Komentar Alif Teega 'Tahniah Kak Aisyah' Jadi Perhatian!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts