Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Danial Zaini Hampir Cabut Nyawa Sendiri Sebab Teruk Dikecam Ketika Ganti...

    [VIDEO] Danial Zaini Hampir Cabut Nyawa Sendiri Sebab Teruk Dikecam Ketika Ganti Nabil Jadi Hos – ‘Dipanggil Saat Akhir, Tanpa Latihan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Danial ZainiDanial Zaini

    Pelawak dan pelakon, Danial Zaini mendedahkan dia hampir mencabut nyawanya sendiri disebabkan mengalami tekanan susulan teruk dikecam netizen ketika menjadi hos sebuah program nyanyian.

    ‘Last minit’

    Danial ZainiDanial Zaini

    Danial atau nama lengkapnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 33, menjelaskan, dia ketika itu diminta menggantikan Nabil Ahmad selaku hos asal pada saat akhir tanpa sebarang latihan.

    Katanya, dia hanya mengetahui tentang kecaman yang dilemparkan netizen usai mengacarakan program tersebut.

    Ada satu kejadian, saya pernah dipanggil jadi hos untuk menggantikan Nabil yang sedang cuti. Sepatutnya saya hanya hos di ‘back stage’. Saya dipanggil saat akhir sekitar 4.30 petang. Ketika itu saya hanya positif tanpa sebarang latihan tetapi sekadar di ‘briefing’ sahaja.

    ‘Briefing’ dua muka surat sahaja, selebihnya hanya ‘goreng’. Sepatutnya ada hos lain, tetapi produksi kata tak sesuai dengan gandingan Kak Lina (Elly Mazlein), jadi mereka tukar dan gantikan saya.

    Segmen pertama dan kedua saya tak lihat telefon, tetapi segmen ketiga sampai lapan saya direhatkan. Kemudian segmen akhir iaitu segmen sembilan baru saya disuruh keluar semula. Saya tertanya kenapa mereka (produksi) tahan saya.

    Habis dah kerja semua, pembantu peribadi saya bagi telefon sekali saya tengok dekat media sosial semua kecam saya. Kata ‘Danial hos tak guna, Danial hos teruk’ dan macam-macam. Saya sampai ‘depression’ dan hampir bunuh diri.

    Danial mendedahkan mengenai perkara itu menerusi saluran Sera Podcast.

    Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Danial berkata, dia mengambil iktibar daripada kejadian tersebut supaya tidak sembarangan menerima tawaran di saat akhir.

    Saya terfikir, apa yang saya buat sampai orang benci sangat. Hanya kerana 20 minit saya di kaca TV dan dinilai teruk sebegitu. Boss program itu datang jumpa saya tanya keadaan.

    Saya tak mahu salahkan mana-mana pihak, salah saya kerana ambil kerja itu. Selain saya rasa tidak cukup bersedia untuk pikul tanggungjawab sebesar itu. Rasa macam saya belum cukup bagus untuk bagi hiburan pada penonton.

    Video

    @serapodcast Memang senang kalau kita dok kondem orang, kutuk, maki, caci. Tapi kita ambik kira ka effect yang orang tu tanggung? Depression bukan benda main-main geng, dan jangan la jadi orang yang triggered depression tu. Dengar kisah Danial macam mana dia alami situasi yang dia rasa sangat-sangat down sebab satu event sampi rasa nak bunuh diri. Ka hampa salah orang yang dok bubuh dia haritu? #serapodcast #serapod #serapodmalaysia #levelup #fyp #podcast ? original sound – serapodcast

     

    ALSO READ:  Talia Membeli Dua Motosikal Benelli Untuk Rayakan Ramadan Raya

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts