Di TikTok, pendakwah Ahmad Mohd Yusof atau lebih mesra disapa sebagai Beymad mencuri tumpuan ramai apabila dia mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh, Nurina Izzayani (Izz), hari ini.
Alhamdulillah, syukur
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Majlis tersebut menyaksikan Izz menerima mas kahwin sebanyak RM2,000.
Menurut Beymad, dia berasa lega dan bersyukur kerana telah sah bergelar suami.
Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan. Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur.
Ujar Izz pula, dia bersyukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.
Dari talent jadi suami. Doakan kami okay.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah buat Beymad dan Izz. Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh dan menyuruh Beymad membuat sebuah filem mengenai kisah cinta mereka.
Video
@pakmatwesterncafee Tak jawab dosa ? #fyp #izzmad
? original sound – pakmatwesternhq – pakmatwesternhq