Penyanyi terkenal negara, Dato Sri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana seluruh Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ ini masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu yang beliau hasilkan mendapat sambutan yang hangat!
Baru-baru ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa untuk membuat siaran langsung di media sosialnya terutamanya di Instagram dan TikTok ketika berada dalam kereta. Selain itu, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tiada jadual kerja pada hari tersebut.
“Patutlah Takda Suara, Kuat Karok Kat Rumah”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok @kick_kapoor8989 telah menarik perhatian ramai. Video tersebut kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 98 ribu, tanda suka sebanyak 3124 dan sebanyak 272 komen.
Di dalam video tersebut, terdapat rakaman dari siaran langsung Tokti yang sedang menyanyikan lagu dari Awie yang bertajuk ‘Dipenjara Janji’ di rumahnya.
@kick_kapoor8989 Sumber: teasehq .. perghhhh biar betikkk????? Power lahh.. #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza
Banyak netizen terpegun mendengar Tokti membawa lagu seperti itu. Mereka mengatakan bahawa Tokti amat jarang untuk menyanyikan lagu yang sebegitu di siaran langsung miliknya.
“Risau pulak dengan suara Tokti nanti, tahun depan nak konsert kan!”
“This is insane, we will never get this treat on national tv though. Terbaiklah Siti Nurhaliza. Boleh je sebenarnya, Siti malu2 kucing, belanja lagi”
“Suara Siti Nurhaliza ni very wow lah, berat ringan semua beliau tapaw”
“Lari dari sisi Siti Nurhaliza, dia meng Awie Kan Siti Nurhaliza”-kata mereka
Bagi peminatnya, siaran ini hanyalah hiburan semata-mata yang diberikan oleh Tokti. Semoga kita semua diberkati dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Apakah pendapat anda?