Di TikTok, tular semula pesanan yang diberikan pelakon veteran iaitu Datuk Jalaluddin Hassan buat para suami di luar sana.
Isteri banyak berkorban
@rerzbong Nasihat ‘orang lama’ (Isteri untuk dihargai) #fyp #suami #isteri #rerzbong ? original sound – ?????????
Menerusi perkongsian @rerzborg, Jalaluddin yang berada dalam keadaan sebak berkongsi bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dalam rumah tangga.
Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ini besar sebenarnya.
Kesetiaan dia sebenarnya lagi berganda-ganda daripada kita.
Kita bagi sedikit kasih sayang dia balas lebih daripada itu.
Justeru, pelakon drama ‘Mentua’ menitipkan pesan buat para suami untuk menghargai para isteri dengan memberikan kasih sayang yang cukup buat mereka.
Jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah tentang isteri terutama sekali soal perasaan mereka.
Dan apa yang kita beri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala kalau kita berikan kepada mereka.
Isteri tak minta apa-apa daripada suami, yang dia cuma mahukan adalah kasih sayang dan kejujuran daripada kita.
Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita. Bila orang perempuan ini hilang kepercayaan, dia nampak buruk.
Hantaran tersebut telah tular dah meraih lebih 1,600,000 tontonan dan lebih 130,000 tanda suka.