Pelakon Fattah Amin kembali menjadi fenomena selepas bergelar duda sejak 7 Oktober lalu. Malah ramai para wanita termasuk kaum adam tidak henti-henti memberi sokongan kepada Fattah agar terus berjaya dalam apa sahaja yang dilakukannya.
Datuk Red cemburu dengan Fattah Amin?
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal ? Funny – Gold-Tiger
Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu, 47, berseloroh dengan meluahkan rasa cemburu terhadap Fattah.
Hal ini berikutan bekas isterinya atau yang kini merangkap teman wanita Datuk Red iaitu penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi memaklumkan dia akan melakukan penggambaran bersama Fattah.
Susulan daripada itu, Datuk Red bergurau dengan mencadangkan agar Adira dan Fattah melakukan penggambaran pada hari yang berbeza kemudian gambar tersebut disunting seolah mereka bergambar pada hari yang sama.
Zaman sekarang dah canggih, kau photoshoot hari Selasa dan Fattah hari rabu. Nanti gabungkan je gambar tu, aku pun pandai buat lah. Aku dah pandai edit sekarang. Tak perlu pergi jumpa dia, dah kenapa.
Aku edit kau dukung dia pun boleh, tapi kau tak jumpa dia. Tak perlu pun nak jumpa.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat spontan pasangan ini. Mereka mendoakan agar Adira dan Datuk Red dipermudahkan segala urusan dan bahagia kembali sebagai suami isteri kelak.