Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mencuri perhatian sewaktu membuat siaran langsung di TikTok bersama bekas isteri keduanya itu, baru-baru ini.
‘Hari kelima couple’
@rozieyanti semoga dipermudahkan urusan tok n ami amin #abgred #adirasuhaimi #doayangbaikbaik #fyp??viral @abg red @adirasuhaimi.AMI ? Sayang – pakeka project
Menerusi potongan video yang dimuat naik @rozieyanti, Datuk Red yang memakai baju berona putih memaklumkan bahawa dia dan Adira sudah kembali ‘menjalinkan hubungan cinta’.
Dakwa Datuk Red yang melompat keriangan, hubungan percintaannya bersama Adira sudah pun memasuki hari yang kelima.
Saya nak cakap, hari ini hari kelima kami couple.
Pengumuman mengejut yang dibuat pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu ini juga telah membuatkan Adira yang sedang duduk di kerusi ketawa terbahak-bahak.
Imbas kembali, Datuk Red dan Adia mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dah sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.