Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan dia pernah ‘terkantoi’ apabila cubaan untuk menipu bekas isterinya itu tidak berjaya.
Artikel berkaitan: Datuk Red ‘Upload’ Gambar Lama Dengan Adira Ketika Baru Kahwin, Letak Kapsyen ‘Sekelubit Memori’
Artikel berkaitan: Adira Suhaimi Dedah Hampir Bernikah Dengan Jejaka Asal Kelantan – ‘Bekas Tunang Asal Situ’
Bimbang Adira cemburu
Menerusi perkongsian di TikTok semasa siaran langsung, Datuk Red berkata dia mempunyai temu janji dengan seorang wanita namun bimbang Adira akan cemburu.
Oleh itu, dia merancang untuk menyiapkan alasan terlebih dahulu untuk diberikan kepada isterinya pada ketika itu.
Ni cerita betul. Saya ada temberang Adira dulu tapi ni temberang lawak bukan buka aib. Saya ada pergi jumpa seseorang ini tapi bukan untuk bercinta cuma takut dia (Adira) cemburu.
Jadi sebelum saya pergi tu saya tangkap gambar dulu, standby bila saya jumpa perempuan tu dia tak kacau dah. Dia telefon saya boleh hantar gambar tak adalah masalah.
Saya ambil gambar dalam kereta, simpan. Jangan hantar dulu. Lepas tu pergi jumpa perempuan tu dan Adira pun telefon, saya tak angkat dan hantar gambar yang tadi kata tengah memandu.
Bagaimanapun, alasan yang digunakan terbongkar apabila gambar yang kelihatan jam tangannya menunjukkan waktu yang berbeza.
Seminit je dia terus bulatkan dekat jam tu ‘ini pukul berapa?’. Aduh sampai macam tu sekali habis aku.
Aku dah tahu dah pertama sekali gambar profil mesti dah tak ada (kena blok) jangan tengok takut lukakan hati kita. Langsung tak jadi aku nak temberang dengan perempuan tu lepas tu aku pun blah terus balik. Dasyat perempuan tu (Adira).
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015, di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua namun sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
@putehhhx #abgred #datored ? Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD