Sejak memaklumkan dirinya muflis dan perlu melangsaikan hutang sebanyak RM7 juta, usahawan Datuk Red dilihat sering melakukan sesi siaran langsung menjual beberapa produk di TikTok.
Terbaharu, pemilik nama ini menjual minyak wangi miliknya sambil melayan wargamaya ketika satu sesi siaran langsung.
Datuk Red pilih kasih?
@putehhhx #datored #abgred #adirasuhaimidatored #datoredadira #adirasuhaimireal #adirasuhaimi #adirasuhaimidatukred #abgredadirasuhaimi #datinredabgred ? Masa Laluku – Kangen Band
Ketika sesi siaran langsung itu, ada netizen yang menulis di ruangan komen mendakwa usahawan berusia 46 tahun ini bersikap pilih kasih terhadap dua bekas isterinya.
Mana taknya, Datuk Red dilihat kerap bersama Adira berbanding bekas isteri, Datin Red.
Datuk Red walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sambil memaklumkan dia sayang akan kedua bekas isterinya itu.
Eh tak adalah, sama saja sayang dua-dua (Adira dan Datin Red).
Dua-dua itu dulu merupakan isteri saya. Cuma biasalah orang perempuan kan, masing-masing ada karakter masing-masing.
Tak tahulah nak cakap apa tapi dua-dua saya sayang.
Dalam pada itu, Datuk Red memaklumkan bahawa perhatian akan lebih tertumpu sekiranya dia bersama dengan Adira memandangkan bekas isterinya itu merupakan golongan selebriti.
Kalau nampak di media sosial, ya memang betul saya banyak dengan Adira. Lagi pula Adira ini artis, orang suka tengok.
Contohlah eh, saya makan nasi lemak tepi jalan dengan Adira manakala saya makan nasi lemak bersama Datin Red di hotel lima bintang.
Wartawan akan lebih tertumpu yang saya makan nasi lemak dengan Adira. Macam itulah perumpamaannya.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Selepas 21 hari, Datuk Red disahkan pula bercerai dengan Datin Red atau nama sebenarnya Datin Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.