Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Datuk Seri Vida Kena Scam Di London, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    [VIDEO] Datuk Seri Vida Kena Scam Di London, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi pengalamannya kena ‘scam’ ketika bercuti di London, baru-baru ini.

    Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV menerusi video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan dirinya yang menaiki beca untuk bersiar-siar sekitar London.

    Walaubagaimanapun, malang menimpa apabila di dicaj dengan harga yang terlalu tinggi iaitu sebanyak 235 GBP (British Pound Sterling) bersamaan RM1,322.92 hanya untuk tempoh bersiar-siar selama 10-15 minit.

    “Sebelum kejadian, nak naik beca di London. Nak pusing-pusing kota London. Tengok apa yang berlaku. Excited nak naik. Masa ni happy lagi. Dia cakap round dalam 10-15 minit.

    Saya dah pelik kenapa tak ramai orang naik. Lepastu semua orang pandang saya naik benda ni. Tengok tak ada orang naik pun.

    Dah sampai nak tahu kena caj berapa? Saya bagitau saya student dapat lah diskaun sikit. Tak percaya pulak saya ni student. Saya kena caj 235 pound. Dia main letak je harga. Takkan harga macam tu. Terkejut dengar harga tu.

    Kalau duit kita RM1300. Dalam 10-15 minit je pusing. Siapa datang London nak naik beca ni, beringat! Nak naik tanya dulu harga. Patut dalam 200 je.”-kongsi DSV di TikTok

    @datoserividaofficial

    Hati Hati siapa nak datang London! #datosrivida #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #quputehbarulahputeh

    ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

    “Kenapa Tak Tanya Harga Dulu Harga Sebelum Naik..”

    Perkongsian DSV mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang menitipkan pesanan agar berhati-hati jika bercuti di London.

    “Kalau 20 pound okay lah. Lain kali tanya la dulu berapa? Thats how you spend anywhere before you pay anything.”

    “Pegi report polis.”

    “Haritu ada nampak orang up yang kat London kalau naik benda ni kena scam dengan diorang semua. Hati-hati.”

    “Sedih, kalau saya sebatang kara lah kat sana.”

    “Kenapa tak tanya dulu harga sebelum naik.”

    “No wonder la tak ada orang nak naik. Macam tertipu kan.”

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts