Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Datuk Seri Vida Kongsi Detik Cemas Hampir Lemas!-“Nasib Baik Cik B...

    [VIDEO] Datuk Seri Vida Kongsi Detik Cemas Hampir Lemas!-“Nasib Baik Cik B Cepat…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi detik cemas apabila dia hampir lemas ketika sedang bercuti bersama keluarga.

    Menerusi video yang dimuatnaik oleg DSV di TikTok, anak perempuan kepada DSV iaitu Cik B dilihat terjun ke dalam salah sebuah pulau di Sabah untuk memeriksa kedalaman air sebelum membenarkan ibunya turut menyelam (snorkeling).

    Walaubagaimanapun, malang tidak berbau apabila DSV hampir lemas kerana dirinya yang tidak pandai berenang serta bersyukur dengan tindakan pantas Cik B yang menyelamatkannya.

    “Cik B nak turun dulu nak check selamat ke tak. Saya memang tak reti berenang. Hampir-hampir lemas. Nasib baik Cik B cepat pegang Mama.

    Mama bersyukur walaupun Mama tak ada penjaga dan pasangan hidup. Tapi Allah hadirkan Cik B yang sentiasa menjadi penjaga Mama. Terus dukung Mama atas bahu Cik B. Semoga kita bahagia dengan cara kita sekeluarga. Terima kasih anak mama yang hebat.”-kongsi DSV di TikTok

    @

    ♬ –

    “Patut Anak-Anak Dia Hebat…”

    Menjengah ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat layanan Cik B terhadap ibunya itu, malah ramai yang memuji dengan gelagat DSV yang sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik kepada anak-anaknya.

    “Cik B pandai berenang, hebat laa.”

    “Patut anak-anak dia hebat, itu je yang dia selalu sebut, doa ibu makbul ❤️.”

    “Sukanya cara Dato Vida, sentiasa puji anak-anak.”

    “Suka laa DSV selalu mulut tak berhenti cakap, ‘anak mama yang hebat’.”

    “Part carry DSV atas bahu, memang ternyata Cik B anak yang hebat.”

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts