Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Dengan Trofi Di Tangan, Dia Cakap Kesian Setiap Tahun Jadi Tukang...

    [VIDEO] ‘Dengan Trofi Di Tangan, Dia Cakap Kesian Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk’ – Pak Nil Dedah Pernah Diperlekeh Pemenang ABPBH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara hebat negara, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi kisah dukanya beberapa tahun sebelum dirinya berjaya merangkul trofi Pengacara TV Lelaki Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) satu ketika dahulu.

    ‘Dia cakap…’

    Menerusi segmen Pagi On Point Kool 101, Aznil yang mesra disapa Pak Nil mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh seorang pengacara yang memenangi anugerah tersebut sebelumnya.

    Sebenarnya inilah pembangkit semangat untuk Pak Nil. Sebenarnya untuk ABPBH kategori Pengacara TV Lelaki Terbaik, Pak Nil dah dicalonkan beberapa kali tapi tak pernah menang (ketika itu).

    Asyik tercalon, tercalon, tercalon dan tercalon.

    Yang paling buat Pak Nil sebak ketika itu ialah, apabila dah habis acara Pak Nil duduk di kerusi penonton dan yang menang ni dia boleh datang ke Pak Nil.

    Dengan trofi yang masih ada di tangan, dia boleh cakap apa tau dengan Pak Nil, ‘Kesian tengok kau kan, setiap tahun jadi tukang tepuk’.

    Kata-kata yang dikeluarkan oleh individu tersebut ternyata membuatkan Aznil terasa hati sehingga berasa malu untuk berdepan dengan para peminatnya.

    Pak Nil nak nangis masa itu sampaikan Pak Nil terduduk dan tak tahu nak pergi mana.

    Nak tengok peminat pun malu sebab kalau dia (pemenang) boleh cakap macam itu, sudah tentu peminat pun boleh cakap benda yang sama.

    Itu satu penghinaan yang besar buat Pak Nil.

    Walau bagaimanapun, setelah beberapa tahun ‘membalas’ penghinaan tersebut dengan doa, akhirnya Pak Nil berjaya merangkul trofi tersebut buat pertama kali pada tahun 2003.

    Video

    @kool101my “Trofi yang masih ada di tangan dia boleh cakap dekat PakNil, kesian tengok kau kan tiap tahun jadi tukang tepuk.” ? Tergamak nya dia cakap macam tu kat PakNil. Dah macam jatuh menghina pula. ? Lihat lah PakNil yang sekarang. Seorang yang ramai orang admire, rescpect dan diidolakan ramai orang. ???? Macam PakNil cakap kehidupan ini seperti roda kadang di atas kadang di bawah. Suatu benda yang terjadi kepada kita itu ada hikmahnya dan mungkin ia boleh menjadi asbab untuk membangunkan kita semula. ?? Catch Up Pagi On Point di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint ? ?? Emotional Piano Background – SoundRoseStudio

    ALSO READ:  [FOTO] Penampilan Karraminah Al-Bolkiah Di Majlis Putera Mateen, Sepupu Paling ‘Hot’ Yang Sering Jadi Tumpuan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts