Menerusi sebuah temu bual audio siar (podcast), anak kepada penyanyi Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel mendakwa hubungan mereka sebagai anak beranak sudah terputus sejak sekian lama.
Tak berkomunikasi?
Menurut dakwaan Timur, mereka menyimpan nombor masing-masing namun, tidak berkomunikasi. Timur turut mendakwa pelantun suara ‘Hijau’ itu enggan mengambil tahu mengenai dirinya.
Berbicara lebih lanjut, Timur mendakwa hubungan sepi bersama Zainal masih berlarutan dan seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuk berdamai.
Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia tidak berminat untuk bertanya khabar saya.
Dia memang tidak menghubungi saya atau mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya. Kalau kami berhubung, dia cuma bertanya ‘adakah saya sembahyang?
Dakwa Timur lagi, Zainal tidak pernah memberikan perhatian terhadapnya malah kali terakhir dia dipercayai menerima ucapan Hari Raya atau Ulang Tahun adalah ketika usianya sembilan tahun.
Terdahulu, Timur tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala perbuatan bapanya kepada umum sekiranya selebriti itu terus berbohong mengenai konflik sebenar yang terjadi antara mereka.
Video
View this post on Instagram
Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.