Penyanyi Aisha Retno mengakui dirinya sudah berpunya dan memiliki seorang teman istimewa sekarang ini.
Boleh terima jadual saya yang padat
Menerusi sesi podcast Buka Mulut, Aisha berkata, belum tiba masanya untuk dia mendedahkan identiti lelaki berkenaan. Tambah pelantun suara ‘Sutera’ ini lagi, apa yang boleh dikongsikan buat masa ini ialah jejaka itu sangat memahami dan menerima kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Aisha sudah berpunya atau tidak… asalkan orang itu boleh terima dengan keadaan jadual saya yang padat. Dan dia dah terima, begitulah.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 24, turut mengulas tentang kejayaan yang dikecapi setakat ini. Ujar Aisha, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa menyokong karier seninya.
Saya tidak mungkin terus berdiri di tahap ini jika tiada sokongan daripada orang sekeliling. Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan saya.
Bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka dan usaha serta minat saya pun selamaa ini. Saya tak rasa saya mampu ada di sini.
Video
View this post on Instagram