Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Dia Sangat Baik & Penyayang..Siapa Pernah Jumpa Dia, Akan Tahu’ –...

    [VIDEO] ‘Dia Sangat Baik & Penyayang..Siapa Pernah Jumpa Dia, Akan Tahu’ – Ameera Khan ‘Back Up’ Jefri Nichol, Minta Netizen Henti Kecam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta orang ramai agar berhenti mengecam atau melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

    Jefri lelaki yang baik, lembut hati & penyayang

    Menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Rabu, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 23, meluahkan rasa kurang setuju terhadap komen yang ditinggalkan netizen berhubung sikap Jefri yang dianggap sebagai seorang lelaki yang ‘red flag’.

    Menurut Ameera lagi, dia telah lama mengenali dan berkawan dengan Jefri selain turut menyifatkan aktor itu seorang lelaki yang baik.

    Dia (Jefri) baik dan kami dah lama kenal dan berkawan.. Kalau sesiapa yang pernah jumpa dia, mereka akan tahu dia lelaki yang penyayang dan sangat-sangat baik.

    Kita nak yang terbaik untuk dia, jadi jangan menilai. Saya kenal dia, saya tahu dia baik.

    Adik kepada usahawan Noor Neelofa itu berpendapat bahawa sebagai manusia kita tidak mempunyai hak untuk menilai orang lain kerana setiap daripada kita melalui kisah dan perjalanan yang berbeza-beza. Jadi kita tidak tahu apa yang dilalui individu tersebut.

    Jangan menilai orang lain dengan begitu cepat. Kalau orang menilai saya seperti itu, saya sangat sedih. Tolong jangan jadi terlalu kejam sebab bila kita tengok orang tu dekat media sosial, kita menilai tetapi sebaliknya dia berbeza dengan apa yang orang nampak di media sosial.

    Mungkin apa yang orang tu buat dan cakap adalah bukan benda yang mereka nak tapi mungkin itu adalah perjalanan seseorang. Semua orang ada perjalanan masing-masing. Mungkin pengakhiran orang itu akan lebih baik daripada kita, benda tu kita tak tahu.

    ‘Apa yang korang cakap ni kasar sangat’

    Dalam pada itu, Ameera turut menegaskan bahawa dia tidak perlu persetujuan orang ramai dalam apa yang dilakukannya.

    Apa yang korang cakap ni kasar sangat.  Kalau ada apa-apa pun, saya tak perlu persetujuan orang. Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang bimbangkan saya tapi tak bermakna korang kena rendahkan orang lain.

    Terdahulu, Jefri Nichol menerima kecaman hebat selepas mendedahkan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang dengan pasangannya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Lelaki 54 Tahun Meninggal Dunia Ketika Syok Berdangdut Atas Pentas

    Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman IG.

    Namun pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila Ameera menerima panggilan video dari Jefri ketika berada di dalam kereta sekali gus menguatkan lagi dakwaan cinta mereka kembali bertaut.

    Imbas kembali, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts