Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Perceraian – ‘Saya Berserah,...

    [VIDEO] Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Perceraian – ‘Saya Berserah, Doakan Terbaik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi bagi proses memfailkan perceraian terhadap suami, aktor Farid Kamil.

    Harapan Diana

    Mengenakan baju serba hitam, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, dia berserah dengan takdir dan meminta orang ramai mendoakannya.

    Mahu kata saya nekad atau tidak? Saya berserah sahaja dengan apa yang akan berlaku. Doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

    Kalau proses (cerai) panjang, itu bukan keperluan pun. Selebihnya kita lihat penghujungnya. Selagi boleh senyum, saya senyum.

    Diana yang hadir bersama peguam dan dua pengawal peribadi kelihatan tenang berjalan menuju ke kamar pendaftaran.

    Sementara itu, peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, anak guamnya bertindak menfailkan cerai kerana sudah tiada kesefahaman.

    Diana memfailkan perceraian sebab sudah tiada persefahaman antara dia dan Farid. Hari ini failkan dan kemudian akan dapat tarikh sebutan.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas pelakon filem Imaginur itu, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    ALSO READ:  [VIDEO] Dr Say Tampil Mohon Maaf Selepas Dikecam Tinggal Anak Bersama Pembantu Rumah!

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    @official

    Replying to @Write.Your.Name Doakan baik-baik untuk DD ? # #fyp #news #dianadanielle #cerai #mahkamah

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts