Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Diana Danielle Mahu Keputusan Positif, Lebih Dekatkan Diri Dengan Allah SWT...

    [VIDEO] Diana Danielle Mahu Keputusan Positif, Lebih Dekatkan Diri Dengan Allah SWT – ‘Saya Hanya Fokus Dengan Solat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Diana Danielle enggan mengulas lebih lanjut berhubung kes mahkamah yang bakal berlangsung pada 20 November ini melibatkan perceraiannya dengan suami, Farid Kamil.

    Perkembangan kes

    Ketika ditemui , Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, memaklumkan setakat ini tiada apa-apa perkembangan mengenai kes perceraiannya.

    Namun dalam yang sama, Diana mengharapkan yang terbaik buat semua pihak.

    Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif. Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang.

    Apabila ditanya bagaimana cara dia memperoleh kekuatan saat diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon filem Imaginur ini mengakui bahawa segala kekuatannya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Saya bukan nak cakap sangat tentang hal ini tapi buat masa ini saya hanya fokus dengan solat sahaja.

    Apa sahaja pahit manis yang saya lalui, waktu bersujud itulah saya meluahkan apa yang dirasai dan daripada situ saya mendapat ketenangan.

    Saya juga berharap dapat menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan sentiasa berpegang kepada kekuatan yang diberikan oleh Allah.

    Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikan duta B&G Recipe yang berlangsung di Tropicana Avenue, pada Jumaat.

    Anak-anak jadi keutamaan

    Sementara itu, Diana mengakui selain keluarga, rakan-rakan dan peminat antara individu yang banyak memberi kata-kata positif buat dirinya saat ditimpa ujian dalam kehidupan.

    Sebenarnya kita tak boleh bergantung pada manusia, sebab kalau kita nak bangunkan diri kita itu adalah diri kita sendiri. Macam mana orang nak bantu pun, kalau kita sendiri tak cari kekuatan itu.

    Bagi saya, anak-anak adalah tunjang utama kepada semangat bukan saja kuat tapi untuk menjadi lebih baik. Saya harap apa yang berlaku beri sinaran kepada semua pihak.

    Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa syukur atas doa dan kata-kata semangat yang dititipkan buatnya.

    Doakan yang terbaik, saya minta dan mengharapkan doa yang baik-baik dari peminat dan sesiapa yang mungkin risau tentang saya dan keluarga. Tapi yang terbaik adalah doa. Semoga semua orang dapat mencari kebahagiaan masing-masing.

    Terdahulu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk bersama suaminya, aktor Farid Kamil.

    ALSO READ:  [VIDEO] Pantang Belum Habis, Shila Amzah Sudah Kembali Bekerja – ‘Masih Ada Beberapa Hari Lagi Tapi Kira Halal’

    Bagaimanapun, Diana enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

    Baru-baru ini, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil antara mereka, sebelum Diana berkongsi kenyataan dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.

    Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

    Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts