Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Diana Danielle Senyum Bukan Sebab Gembira – ‘Tolong Jangan Salah Faham’

    [VIDEO] Diana Danielle Senyum Bukan Sebab Gembira – ‘Tolong Jangan Salah Faham’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Diana DanielleDiana Danielle

    Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas mengenai prosiding pengesahan rujuk dengan suami, aktor Farid Kamil yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.

    ‘Bukan momen gembira’

    farid diana masih suami isterifarid diana masih suami isteri

    Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, bagaimanapun menjelaskan senyuman yang diberikan bukan disebabkan gembira dengan situasi yang berlaku, sebaliknya dia seronok bertemu pengamal media.

    Bukan gembira tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan media, semua seperti kawan-kawan. Jadi saya senyumlah.

    Ini bukan momen yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan salah faham.

    Sementara itu, Diana memaklumkan dia tergesa-gesa untuk pulang kerana mempunyai urusan kerja yang perlu diselesaikan.

    Saya ada urusan kerja yang perlu dilakukan.

    Terdahulu, mahkamah mengesahkan permohonan rujuk Diana dan Farid sebagai suami isteri.

    Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember depan bagi proses perceraian yang difaikan Diana terhadap Farid dan meminta aktres berkenaan membawa sijil rujuk serta dokumen lain yang berkaitan.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    ALSO READ:  Kucing Nabila Huda Mati Akibat Sakit Buah Pinggang – ‘Aoki Dah Tak Ada’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts