Pelakon, Diana Rafar membuat satu pendedahan mengenai sikap suamianya, Zamarul Hisham yang menghidap Ganggusan Obsesif Kompulsif (OCD).
Isyak sampai ke subuh
@suhanchannelofficial “Lepas dia dah beli basikal bila dia ada OCD, dia akan lap basikal tu dari lepas isyak sampai subuh…” Korang yang ada OCD pun macam ni ke?? ? SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel ? original sound – Suhan Channel Official
Menerusi sesi temu bual yang dimuat naik di TikTok, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar berkongsi kisah suaminya yang mengelap 16 buah basikal dari lepas Isyak hingga ke Subuh.
Lepas dia dah beli basikal, dia akan lap basikal itu lepas Isyak sampai Subuh.
Saya hidup dengan basikal-basikal dekat dalam rumah.
Ujarnya, Zamarul tidak memberitahu hal sebenar dan menyatakan 16 buah basikal itu merupakan tajaan.
Tuhan nak tunjuk, saya jumpa resit kesemua basikal yang dia beli sendiri.
Sekadar info, Diana dan Zamarul pernah bercerai talak satu pada 14 Januari 2015. Selepas sebulan bercerai, pasangan itu kembali rujuk semula.