Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Diasak Soalan Suami Kerja Apa, Netizen Dakwa Sikap Ina Naim Berubah...

    [VIDEO] Diasak Soalan Suami Kerja Apa, Netizen Dakwa Sikap Ina Naim Berubah Lepas Kahwin – ‘Allahuakbar, Dulu Baik Tutur Kata’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Respon penyanyi, Ina Naim ketika ditanya mengenai kehidupan peribadinya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

    Ina buka mulut

    @quranenuur

    Replying to @Cik Lia Siapa suka tanya suami kak ina tak kerja ke tu wajib tengok video ni sampai habis? #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #alquranterjemahan

    ? original sound – ENUUR.HQ

    Menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, memaparkan Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, menjawab pertanyaan orang ramai berhubung pekerjaan suaminya, Mohd Khairul Rizal.

    Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.

    Yang dulu (Allahyarham Suhaimi Saad) dia selebriti dan penulis lirik.

    Ina menjelaskan perkara tersebut susulan ramai yang mempersoalkan suaminya itu dilihat seperti tidak bekerja kerana sering menemaninya bersiaran langsung di TikTok

    Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.

    Sekarang jangan tanya lagi, kenapa dia tak masuk pejabat. Saya cerita ni nak orang faham suami kerja sebenarnya.

    Dengar tak mana yang tak faham tu. Gaji tak tinggi tapi Alhamdulillah cukup.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan respon Ina yang dianggap kasar dan terlalu lantang.

    Mereka juga mendakwa perwatakan Ina berubah selepas bergelar isteri Khairul berbanding ketika bersama Allahyarham Suhaimi Saad.

    Dulu arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik isteri. Elok, lembut, tak banyak cakap. Malu, sekarang macam lain.

    Allah Ina, kenapa begini sangat.

    Ya sekarang dah pandai marah, masa dengan arwah Suhaimi banyak bersabar walaupun susah.

    Allahuakhbar Ina, dulu dengan Suhaimi baik tutur kata.

    Kesabaran orang pun ada hadnya kak, apalagi hari-hari netizen ulang benda yg sama. Dah tahu tapi masing-masing konon tak tahu.

    Pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.

    ALSO READ:  Disertai Lebih 10,000 Pelari, Sunway-Rapid KL Good Run 2024 Berjaya Raih RM430,000 Sumbangan

    Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

    Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts