Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Dibanjiri Lebih 5,000 Tetamu, Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Berhabis...

    [VIDEO] Dibanjiri Lebih 5,000 Tetamu, Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Berhabis Hampir RM300k Untuk Majlis Persandingan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh terkenal, Siti Jamumall baru saja selesai mengadakan majlis persandingannya bersama suami yang juga merupakan pempengaruh, Aiman Tak Kesah pada malam Ahad.

    Penghargaan buat peminat

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Suriani Wahiddin ini berkata, majlis yang diadakannya itu bukanlah untuk menutup mulut orang ramai mengenai isu pernikahannya di Thailand.

    Tetapi, ia bertujuan untuk memberikan penghargaan buat para peminat dan pengikutnya di media sosial.

    Seperti yang tular sebelum ini mengenai pernikahan kami di Thailand, baru kali ini kami berkesempatan untuk mengadakan majlis persandingan pada hari ini (Ahad).

    Niat hati adakan majlis resepsi hari ini bukanlah untuk menutup mulut orang mengenai isu kami bernikah di Thailand tempoh hari.

    Bukanlah sebab itu sebenarnya tetapi lebih kepada nak menghargai peminat dan pengikut kami yang dah lama menyuarakan hasrat melihat saya dan Aiman bersanding.

    Jadi, apa salahnya kami buat dan beri orang makan sebab itu adalah lebih afdal untuk dilakukan.

    Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pada majlis persandingannya bersama Aiman dalam satu majlis yang diadakan di Magica Events @ Monterez Hall pada Ahad.

    Dalam pada itu, Siti memaklumkan bahawa majlis persandingan ini juga diadakan bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-25 tahun.

    Dalam masa yang sama, tarikh 1 September persandingan kami ini juga sempena hari jadi saya. Jadi, kita adakan sekali majlis sanding dengan sambutan hari jadi.

    Agak kelam kabut sebenarnya sebab tak sampai dua bulan pun kami lakukan persiapan tetapi terima kasih yang tak terhingga kepada abang saya yang banyak membantu.

    Saya sangat teruja dan gembira sebab ramai peminat dan pengikut kami yang hadir, terima kasih banyak-banyak.

    Berhabis hampir RM300,000

    Ketika ditanya berapa kos yang dikeluarkan, ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan hampir RM300,000 yang digunakan bagi merealisasikan majlis persandingannya itu.

    Kalau tak campur dengan penaja, jumlah yang saya dah gunakan untuk majlis resepsi hari ini lebih kurang RM200,000.

    Dan kalau tambah dengan nilai tajaan yang diberikan, jumlah yang digunakan hampir mencecah RM300,000.

    Terdahulu, Siti meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi satu hantaran video memaklumkan dirinya sudah pun bernikah di Thailand bersama Aiman pada 1 Jun menerusi TikTok.

    ALSO READ:  Acap S Akan Pastikan Impian Jadi Pelawak Tercapai – ‘Belum Ada Rezeki, Sekarang Guna Platform TikTok Buat Live Hiburkan Orang’

    Imbas kembali, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

    Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts