Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Ziana Zain Enggan Beri Komen – ‘Kak...

    [VIDEO] Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Ziana Zain Enggan Beri Komen – ‘Kak Gee Hanya Menyanyi Je, Sayang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nama penyanyi Ziana Zain turut terpalit susulan isu sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, baru-baru ini.

    Kes SPRM

    @official Kak Gee nyanyi je you.. semoga dipermudahkan urusan ??# #news #fyp #zianazain #sprm #enggan #komen ? original sound – OHBULAN!

    Media melaporkan, Ziana didakwa bakal dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berikutan peranannya sebagai duta syarikat berkenaan.

    Ketika ditemui , Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 57, enggan memberi sebarang komen berhubung perkara terbabit.

    No komen sayang, Kak Gee hanya menyanyi je, sayang.

    Ziana berkata demikian ketika ditemui pada konsert separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie pada Ahad.

    Faham tugas wartawan

    Dalam pada itu, Ziana berkata dia memahami tugasan pihak media yang inginkan penjelasan berhubung perkara itu.

    Tak mengapa, saya faham.

    Pada Ahad, media melaporkan pihak SPRM akan memanggil beberapa selebriti yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

    Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.

    Siasatan terhadap selebriti berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

    Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang dengan menaja program hiburan membabitkan selebriti.

    Pihak SPRM juga mendedahkan sejumlah wang sebanyak RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman diluluskan bank-bank pada satu masa.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kau Nak Apa Sebenarnya? Bila Kurus Kata Sakit, Bila Gemuk Kau Kutuk’ – Jasmin Hamid

    Sejak tiga minggu lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

    Dalam operasi berkenaan, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang dipercayai didalangi syarikat perunding kewangan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts