Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Didakwa Tak Hormat Penyampai Anugerah, Agy Tampil Beri Penjelasan & Mohon...

    [VIDEO] Didakwa Tak Hormat Penyampai Anugerah, Agy Tampil Beri Penjelasan & Mohon Maaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Didakwa tidak menghormati penyampai anugerah semasa anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, baru-baru ini, pemenang Video Of The Year, Agy tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

    Saya mohon maaf

    Menerusi sebuah video di Instagram, Agy berkata, dakwaan yang timbul itu merupakan salah faham sahaja. Tambah Agy, dia sempat bersalaman dengan semua orang di belakang pentas.

    Isu saya tak hormat penyampai anugerah itu sebenarnya saya tak ada niat sedikit pun. Masa siaran langsung di televisyen sangat suntuk. Setiap kali naik pentas, kami diberitahu perlu naik dan turun dengan cepat. Tak ada masa yang panjang atas pentas. Bila nama saya diumumkan, saya jadi tergamam.

    Tak ada siapa tahu akan menang malam itu. Lagipun calon-calon lain semua hebat. Bila nama saya diumumkan, saya kena cepayt panggil pak long dan ibu saya, Itu niat saya. Saya tak perasan kiri kanan saya siapa masa itu. Saya tak sempat tegur siapa pun. Ini bukan perkara biasa yang saya lalukan.

    Ujar Agy, dia memohon maaf kepada semua pihak seandainya apa yang berlaku pada waktu itu dilihat sangat negatif.

    Saya hanya nak mohon maaf. Benda berlaku sangat pantas. Apa yang saya ucapkan masa itu pun tak jelas. Saya guna masa dengan baik. Saya salam semua di belakang pentas seperti yang korang nak tengok.

    Berbicara mengenai pemakaian pada malam tersebut, Agy memberitahu dia tidak menormalisasi benda yang tidak sepatutnya. Jelas Agy, dia akan cuba perbaiki diri ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

    Saya akan perbaiki diri saya. Jangan buli siber, bercakap kasar dan berkata perkara yang tidak baik terhadap ibu saya. Apa yang berlaku malam itu, malam itu sahaja. Saya manusia biasa. Saya jadi diri saya. Saya lelaki dan tak ada niat nak bawa imej yang tidak baik.

    Semua orang kena tunjuk positif. Saya harap semua berfikir sebelum berkata. Dari segi pakaian semua saya boleh perbaiki. Tetapi cakap pasal fizikal dan suara, itu saya tak boleh nak buat apa. Semua ini Allah yang beri.

    Di akhir video, Agy berterima kasih kepada semua yang mengundinya.

    ALSO READ:  Program Jom Selawat Efferty: Khusus Buat Pasangan Ikhtiar Hamil

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Yes It’s Agy (@agy.officiall)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts