Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Didi Astillah Tegaskan Yazmin Aziz Undur Diri FD4 Bukan Sebab Bergaduh,...

    [VIDEO] Didi Astillah Tegaskan Yazmin Aziz Undur Diri FD4 Bukan Sebab Bergaduh, Produksi Terima Baik Thamiera Sebagai Pengganti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tindakan penyanyi Yazmin Aziz yang menarik diri dari program Famili Duo telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

    Tiada istilah bergaduh

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Susulan itu, penyanyi dan pelakon Didi Astillah menegaskan tidak ada sebarang pergaduhan yang berlaku antara mereka namun komitmen kerja Yazmin menjadi punca pengunduran tersebut.

    Sebenarnya semua terjadi di saat-saat akhir sebab Yazmin ada komitmen yang tak boleh dielak.

    Tak ada istilah bergaduh, semuanya baik dan dipermudahkan.

    Meskipun berdepan dengan cabaran masa yang singkat, namun Didi tetap bersyukur ahli kumpulan The Gadys, Thamiera Chan sudi untuk mengisi kekosongan.

    Disaat akhir juga kita dapat persetujuan daripada Thamiera untuk sertai FD4.

    Tipulah kalau kami kata tidak mengganggu sebab persembahan kami pada malam ini dilakukan pada saat-saat akhir dan sangat terkejar-kejar. Tapi kami sudah memberikan yang sehabis baik dalam masa yang sangat singkat.

    Didi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media minggu pertama FD4 yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

    Pengunduran Yazmin

    Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif FD4, Muhamad Sufian Che Isa menjelaskan pengunduran Yazmin berlaku dua minggu lalu dan segalanya dibincangkan terlebih dahulu sebelum Thamiera dipilih sebagai pengganti.

    Yazmin kurang masa untuk memberi komitmen dalam program ini. Bila kita berbincang, adalah lebih baik untuk membuat pertukaran pasangan demi kelancaran FD4.

    Semasa sidang media yang lalu, ianya masih lagi di dalam perbincangan dan belum ada kata putus.

    Atas persetujuan dua pihak, kami rasa lebih baik digantikan.

    Dalam pada itu, Sufian menegaskan bahawa pengunduran Yazmin bukanlah disebabkan masalah disiplin.

    Tiada masalah disiplin, lebih kepada jadual kerja.

    Selepas pengunduran kita mencari pasangan baru untuk Didi. Sebab kita kena cari yang ada pertalian saudara.

    Apabila Didi cadangkan Thamiera, kami berbincang bersama pihak pengurusannya juga.

    Pasangan duo sepupu iaitu Didi dan Thamiera membawa lagu medley Kalis Rindu oleh Elyana dan Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela pada minggu pertama FD4.

    ALSO READ:  Minta Izin Dengan Syarikat Rakaman Sebelum Menggunakan Nama - Lola XPDC

    Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).

    Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod  pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah  RM100,000!

    Untuk musim terbaharu, selain Didi dan Thamiera lima pasangan lagi yang turut berentap adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

    FD4 bermula 20 Oktober 2024 ini dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

    FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,207FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts