Siapa yang tidak kenal dengan Selebriti Versatil iaitu Fadzilah binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias yang merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.
Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV. Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja pada tahun 1990.
Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.
“Semoga Cepat Sembuh, Sedih Lihat Pelakon Lama Yang Hebat Ramai Yang Sakit”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sbparfumhq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta, tanda suka sebanyak 83 ribu dan sebanyak 1,096 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Didie Alias dan beberpa pelakon lain yang pergi melawat dan melihat keadaan terkini Lan Zailan yang juga merupakan seorang pelakon dikenali ramai.
@sbparfumhq
Walaupun sedang sakit, tapi tetap ceria bila @mumydidiealias datang melawat. sempat bergurau dengan kami semua masa melawat dia. Semoga diberikan kekuatan dan kesihatan Abang Lan Zailan. #sbparfumhq #baumacamog #DivaCollection #DivaCollection #didiealias #lanzailan
♬ original sound – Ipank Yuniar – Ipank Yuniar
Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka amat terkilan apabila melihat ramai pelakon yang pernah menghiasi kava televisyen kini semakin sakit dan tidak berdaya.
Apa-apa pun, kami mendoakan semoga Lan Zailan dan pelakon veteran yang lain diberikan kekuatan dan sihat seperti sedia kala. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?