Anak lelaki pelakon bollywood popular Aamir Khan, Junaid Khan mempunyai aura yang berbeza dari anak bintang bollywood yang lain. Dia memainkan peranan Karsandas Mulji yang merupakan wartawan pertengahan abad ke-19 dalam Maharaj di Netflix.
Memiliki [aras rupa yang tampan sama seperti bapanya, Junaid Khan adalah bintang besar Bollywood seterusnya. Sebagai anak kepada Aamir Khan, dia enggan menerima sebarang bantuan daripada bapanya. Dengan debut nya cemerlang dalam dunia lakonan, dia menjadi bualan ramai selepas penerbitan Maharaj Netflix.
Dipetik dari Firstpost, dalam temu bual baru-baru ini, bintang berusia 31 tahun itu berkata bahawa dia banyak memerhati bagaimana bapanya belajar daripada kegagalannya.
“Dia telah melakukan ini selama 40 tahun dan hingga sekarang, dia telah melihat segala-galanya,” kata Junaid mengenai ayahnya, yang filem terakhirnya Thugs of Hindostan dan Laal Singh Chaddha mendapat sambutan hangat di box office.
Datuknya, Nasir Hussain dan Tahir Hussain, adalah pembikin filem dan penulis skrip yang terkenal. Sudah jelas bahawa dia dilahirkan dengan generasi kreatif, tetapi dia pasti tahu melakukannya dengan caranya.
Netizen juga mengatakan Junaid mirip dengan Superman lakonan Henry Cavill. Untuk info, Junaid Khan adalah anak pertama Aamir Khan dari pernikahan dengan Reena Dutta.
Maharaj Netflix
View this post on Instagram
Filem “Maharaj” merupakan adaptasi daripada kes mahkamah sebenar yang dibicarakan di Mahkamah Agung Bombay pada tahun 1862, dikenali sebagai Kes Maharaj Libel 1862.
Menerusi filem itu, Junaid memegang watak sebagai Karsan Das Muji, seorang wartawan akhbar muda dengan sifat ingin tahu yang mendalam sejak kecil.
Filem ini berkisar mengenai perjuangan Karsan untuk mendedahkan salah laku seorangan pemimpin agama di sebuah kuil, Jadunat Maharaj yang menjadikan gadis muda setempat sebagai pemuas nafsu syahwatnya atas dasar ‘khidmat suci’ kepada agama.