Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ditanya Bakal Tukar & Anuti Agama Shah Rukh Khan, Ini Jawapan...

    [VIDEO] Ditanya Bakal Tukar & Anuti Agama Shah Rukh Khan, Ini Jawapan Gauri Khan…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gauri Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) telah berkahwin selama hampir 33 tahun. Pasangan ini turut meraikan perayaan Hindu dan Islam bersama-sama sambil mengekalkan kepercayaan masing-masing.

    Walaupun begitu, sehingga ke hari ini ramai yang masih lagi mempersoalkan sama ada Gauri akan menukar agamanya iaitu Hindu kepada agama Islam seperti suaminya, SRK.

    Foto – ABP News

    Menerusi sebuah temu bual lama bersama Karan Johar, Gauri menjawab persoalan mengenai agamanya. Dia menyebut bahawa dia sangat hormati agama SRK tetapi dia tidak akan memeluk agama Islam kerana dia menganuti agama Hindu.

    View this post on Instagram

    A post shared by Mon Amie | Matchmaking (@monamie.uk)

    “Ada keseimbangan. Saya hormati agama SRK tetapi itu tidak bermakna saya akan tukar agama. Saya percaya setiap orang harus mengikut kepercayaan mereka sendiri dan harus ada rasa hormati antara satu sama lain. SRK tak pernah hina agama saya.”

    Mengimbas semula momen lama, SRK pernah berbahas mengenai agama keluarga terutamanya anak-anaknya. Dia menyatakan anak-anaknya adalah orang India dan tidak ada agama.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts