Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Doakan Saya Kuat Semangat’ – Fatin Afeefa & Opai Gagal Tahan...

    [VIDEO] ‘Doakan Saya Kuat Semangat’ – Fatin Afeefa & Opai Gagal Tahan Sebak, Hantar Anak Sulung Masuk Tahfiz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak melihat putera sulungnya yang kini melanjutkan pengajian di sebuah sekolah tahfiz.

    Lafaz janji

    @akademiakmal Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka ??? #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat ? original sound – Akademi Al-Quran AKMAL

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun pusat pengajian tahfiz itu, dilihat anak sulung Fatin Afeefa, Adam Aisy Arrian, melafazkan janji di hadapan kedua ibu bapanya.

    Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji untuk berusaha sehingga menjadi seorang hafiz al-Quran dalam tempoh setahun.

    Semoga saya dikuatkan semangat. Terima kasih Mummy dan Bapak, saya mohon doa untuk kejayaan saya.

    Fatin dan suami, Aliff Awang dilihat tidak dapat menahan air mata mendengar lafaz janji dari anaknya.

    Tangisan dari lubuk hati ibu

    Melihat kapsyen hantaran di TikTok, pusat tahfiz Akademi Al-Quran Akmal mengucapkan tahniah kepada Fatin dan Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai kerana memiliki anak yang berada di jalan Allah.

    Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

    Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Al-Quran. Tahniah Puan Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan momen yang dimuat naik dan mendoakan agar urusan Adam dipermudahkan.

    ALSO READ:  Dakwa Ada Maklumat & Diminta Tutup Mulut Mengenai Kes Faisal Halim, Polis Cari Imran Suresh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts