Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Doktor Wanita Terkesan Selepas Kematian Suami & Ibu – ‘Dia Gant*ng...

    [VIDEO] Doktor Wanita Terkesan Selepas Kematian Suami & Ibu – ‘Dia Gant*ng Diri & Overdose Kedua-Dua Anaknya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Personaliti media sosial dan doktor selebriti, menceritakan kisah seorang wanita yang hampir membunuh diri akibat tekanan hidup.

    Kematian suami & ibu

    @say_shazril0

    Semalam sy oncall & sy didatangi seseorang yg buat sy berjurai bukan sekali tapi berkali-kali bilamana dia berkongsi kisah hidupnya. Sometimes some people need an ear that listen cuma sy rasa kisahnya patut dikongsi agar yg rasa putus harapan di luar sana akan terinspirasi bila mendengar kisah wanita ini. Dia okay untuk sy kongsi kisahnya dan sama2 kita doakan kesejahteraan hidupnya ye peeps?

    ? Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin berkata, dia telah didatangi oleh seorang pesakit wanita yang sarat hamil pada pukul empat pagi.

    Dia datang dengan anak perempuannya yang berumur sebulan setengah.

    Terduduk sekejap saya fikirkan..bagaimana dia sarat mengandung tapi dalam dakapannya bayi berusia sebulan? Dia cerita, bayi perempuan itu adalah anak angkat yang baru diambilnya tiga minggu lepas.

    Wanita tersebut kemudian berkongsi kisah tentang anak-anaknya dan juga anak angkatnya itu.

    Dia sudah memiliki dua orang anak lelaki, yang sulung berusia tujuh tahun dan didiagnosis sebagai autisme manakala anak kedua berusia empat tahun di diagnosis dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

    Kandungannya sekarang juga anak lelaki, maka dia ambil anak angkat perempuan sebab dia teringin nak anak perempuan.

    Difahamkan wanita itu juga merupakan seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Sha.

    Menurut Dr Say, Dr Sha sangat terkesan selepas kematian suami dan ibunya sehingga bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri dan anak-anak.

    Suaminya ini adalah suaminya kedua, yang dinikahinya awal tahun ini. Suami pertamanya meninggal pada tahun 2020 akibat Covid-19 ketika anak keduanya baru berusia enam bulan. Apabila suaminya meninggal, dia kehilangan separuh dirinya.

    Ibunya meninggal dunia hujung tahun lepas, apabila ibunya pergi..dia hilang sepenuh dirinya.

    Dia mahu membunuh diri dengan menggantung dirinya dan overdose kedua-dua anak lelakinya. Mujur ada jiran yang perasan dan terus menyelamatkannya.

    Wanita yang tabah

    dr say autistik 1dr say autistik 1

    Bagaimanapun, hidup Dr Sha menjadi lebih baik apabila dia bertemu dengan suami baharunya yang banyak membantu.

    Dia bertuah kerana bertemu dengan suaminya, yang memberi sinar harapan kepada hidupnya.

    Dalam masa yang sama, Dr Say juga mengagumi ketabahan wanita berkenaan yang tetap menjalankan tanggungjawab sebagai doktor meskipun perlu menempuh ujian.

    Apa yang kasihan adalah, anak-anaknya yang kehilangan kasih seorang bapa. Dahulu setiap pukul enam petang, anak-anaknya akan tunggu kepulangan ayahnya dari kerja.

    Walaupun dengan segala cabaran yang ditempuhinya, dia masih mampu memegang amanah menjadi seorang doktor.

    Dia juga berhasrat untuk membuka confinement centre (pusat penjagaan ibu bersalin) suatu hari nanti.

    ALSO READ:  ‘Aku Akan Ingat Semua Jasa Kau, Tiada Dah Tempat Aku Mengadu’ – Adik Nidza Afham

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts