Personaliti televisyen yang juga pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril meluahkan rasa bengang terhadap tindakan dua pembantu rumahnya yang sanggup membawa masuk dua orang lelaki ke kediamannya, malam tadi.
Menurut Dr Say, dia memuatnaik video di Instagram untuk memberi makluman kepada orang ramai disebabkan rasa bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga serta anak-anaknya yang masih bersama pembantu rumah ketika itu.
“9.25 malam, saya dan bini ada kat tingkat atas. Tuhan nak tunjuk despite camera dah dipusing, masih boleh nampak reflection, kira la berapa ramai tu peeps.
Tak pernah dalam hidup saya call 999. Tak sangka malam ni will be the very first time in my life. Ada 2 strangers, takut saya nak handle solo kang diapa-apakan baby Zeq atau anak saya yang lain maka kita minta tolong polis.”-kata Dr Say di Insta Stories
“Saya Dah Deal Dengan Polis Minta Diorang…”
Tambahnya lagi, pempengaruh media sosial ini turut menyatakan bahawa dia meminta bantuan pihak polis untuk serbu bilik tidur pembantu rumahnya malam tadi.
“Saya dah deal dengan polis minta diorang tunggu luar dan once maid saya hantar baby Zeq naik atas, saya akan call diorang untuk serbu bilik maid, tapi maid tak angkat call pun plus tak tahu lah ada lagi ke tak laki-laki tu semua.
Paling saya tak boleh hadam, bawak masuk 2 lelaki bilamana saya dan isteri ada kat rumah.”-kongsi Dr Say lagi
Sama-sama kita doakan agar Dr Say sekeluarga berada dalam keadaan selamat…
Apa komen anda?