Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Dr Say Tak Sangka Pencipta Kandungan Boleh Raih Pendapatan RM80,000 Untuk...

    [VIDEO] Dr Say Tak Sangka Pencipta Kandungan Boleh Raih Pendapatan RM80,000 Untuk Tiga Konten

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, viral sebuah video berhubung gaji penghasil kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.

    Susulan video tersebut, doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil mengulas mengenai pendedahan berkenaan.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’

    Hampir semua agensi kata ya

    Menurut Dr Say, dia sempat bertanya mengenai perkara tersebut kepada agensi yang dia pernah bekerjasama sebelum ini. Tambah bapa kepada tiga orang cahaya mata ini, hampir kesemua agensi berkata ya dan mensahihkan perkara itu.

    Terduduk saya dibuatnya bila dengar RM80,000 untuk tiga konten. Saya tanya agensi yang pernah saya bekerjasama dan mereka kata ya.

    Terduduk saya sekali lagi, kenyang uii. Untuk pengetahuan anda, tiada lagi badan yang menyelia dan mengawal harga penghasil kandungan. Jadi harga semua orang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing nak letak harga berapa.

    Suami kepada Dr Azura ini sempat menitipkan pesanan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar jangan berfikiran mudah untuk menjadi penghasil kandungan.

    Berpijak di bumi yang nyata ya adik-adik yang tak hadir ambil SPM. Semua penghasil kandungan yang anda nampak itu, mereka dah buat beratus malah beribu konten sebelum sampai ke tahap itu. Nak kekalkan apa yang mereka buat itu satu hal juga sebab kalau dok buat iklan je, orang naik bosan dan tak jadi pengikut dah.

    Jadi, jangan berhenti belajar kalau rasa jadi penghasil kandungan boleh jana pendapatan banyak macam itu. Nak jadi penghasil kandungan perlu bekerja keras, pengorbanan dan konsisten untuk sampai ke tahap itu. Saya pun tak capai harga RM80,000 untuk tiga konten. Bukan semua dalam dunia ini mudah. Kalau senang, semua orang dah kaya.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

    ALSO READ:  “Saya Sihat Dan Ingin Kembali Aktif”- Nonny Nadirah Maklum Konten Botakkan Kepala Dan Berkemban Bersebab

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts