Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial mengenai dirinya yang terperangkap bersama anak lelakinya, Kacak di Lapangan Terbang di China.
Terkandas Selama 24 Jam Di China
Menurut Vida, dia dan kacak telah terkandas selama 24 jam di Lapangan Terbang Yiwu, China disebabkan cuaca buruk di Guangzhou, yang menyebabkan penerbangan terpaksa ‘delay’.
“Saya dan Kacak terkandas di Airport Yiwu, China selama 24 jam. Puncanya sebab keadaan cuaca yang teruk di Guangzhou, China. Jadi Flight terpaksa delay. Tapi saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Ada Kacak bersama saya. Trip kali ini Cik B tak ikut saya sebab Cik B ada urusan lain. Saya minta semua yang lihat video ini doakan segala urusan dipermudahkan ya. Masih tengah menunggu.”-kongsi Vida di TikTok
@datoserividaofficial Ujian untuk saya & kacak 🥹 doakan kami selamat sampai ke destinasi ya . Masih tengah menunggu 🥲 #KongsiBersama #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fypシ゚viral #foryoupage #masukfypdong #fypgakni #masukberandafyp #kacak #dsvkuikhlaskan
♬ bunyi asal – Sis_Azlina78 – Sis_Azlina78🇵🇸🍉
Di sebalik ramai yang mendoakan buat DSV dan Kacak, ada yang sempat mempersoalkan mengapa jutawan kosmetik ini tidak menaiki ‘private jet’.
“Kenapa tak naik private je je Dato? Satu hala 60k je untuk 12 orang senang tak payah transit mana dah. Naik first class pun tiket hampir 20k seorang.”-soal netizen
“Kalau Dah Cuaca Buruk…”
Tidak berdiam diri, DSV menjelaskan bahawa tiada kenderaan udara yang berhasil untuk ‘fly’ apabila berlaku cuaca yang buruk.
“Kalau dah cuaca buruk tak boleh fly, nak naik roket dari bulan pun tak lepas la kakak.”-balas Vida
Sama-sama kita doakan agar urusan Vida sekeluarga dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air..