Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Duet Lagu ‘Dua Insan’ Bersama Elly Arifin, Suara Zizan Bikin Netizen...

    [VIDEO] Duet Lagu ‘Dua Insan’ Bersama Elly Arifin, Suara Zizan Bikin Netizen Cair

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon, Elly Arifin mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya berkaraoke bersama pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak di TikTok.

    Nyanyi lagu ‘Dua Insan’

    @elly_arifin Bila kau duet dengan penyanyi @zizanrazak869 , of coz suara kau tercampak jauh tapi ni saje for fun je ? Video ni dah lama masa bestfriends elly buat surprise birthday and diorang ajak Zizan join sekali buat surprise. So korang enjoy je la eyh? ? #fyp #fyp??viral #foryou #foryoupage #duainsan #zizanrazak #ezadlazim #karaoke #expectationvreality ? original sound – Elly Arifin

    Menerusi perkongsian tersebut, Elly dan Zizan dilihat menyanyikan lagu nyanyian Ezad Lazim dan Eva Virginia yang berjudul ‘Dua Insan’ dengan penuh emosi dan bersemangat.

    Menurut Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, video tersebut dirakam sewaktu Zizan hadir memberikan kejutan sempena sambutan hari jadinya.

    Bila kau duet dengan penyanyi Zizan Razak, pasti suara kau tercampak jauh tapi ini saja ja, for fun.

    Video ini dah lama masa kawan baik Elly buat kejutan hari jadi dan diorang ajak Zizan ‘join’ sekali buat kejutan.

    Jadi korang ‘enjoy’ je lah eh?

    Perkongsian Elly itu kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun mendengar nyanyian dua selebriti itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Zizan menyanyikan lagu tersebut dan beranggapan pelawak berusia 40 tahun itu bukan sahaja boleh menyanyi rap malah boleh menyanyikan lagu balada.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,260FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts