Suami kepada personaliti media sosial, Hajar Hanif iaitu Azwan Aziz memberitahu dia tidak menyangka akan mendirikan rumah tangga dengan seorang ibu tunggal.
Tak sangka jadi kenyataan
Menerusi sebuah posting di Instagram, Azwan berkata, pada tahun 2022 dia pernah melakukan satu konten di media sosial mengenai ibu tunggal. Namun, siapa sangka pada tahun ini dia mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang cahaya mata.
Dulu pernah buat content 2022 pasal janda, tak sangka jadi kenyataan.
Menjengah di ruangan komen, Hajar turut memberi respons berhubung posting yang dimuat naik oleh suaminya itu.
Sekadar info, Hajar dan Azwan telah melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Asy-Syakirin, Kuala Lumpur, pada 10 Ogos lalu.
Terdahulu, Hajar pernah mendirikan rumah tangga dengan influencer Mikhail Isaaq pada 1 Januari 2017, namun bercerai pada 5 Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Darwish, 5 dan Mikhail Darris, setahun.
Video
View this post on Instagram