Pelakon Dynas Mokhtar memberi ‘review‘ jujur terhadap produk kosmetik jenama ellemkay milik selebriti media sosial, Ameera Khan.
Dynas bagi 8/10
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dilihat memberi respon baik terhadap produk kosmetik blush stick Ameera.
Menurut Dynas, pembungkusan produk ellemkay seakan sama seperti jenama milik selebriti antarabangsa, Hailey Bieber.
Produk ini macam jenama milik isteri Justin Bieber.
Blush stick ini nampak bagus. Tekstur krim dan tahan lama.
Saya bagi 8/10.
Dalam pada itu, Dynas memuji idea adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang berhasil mengeluarkan produk seakan antarabangsa di Malaysia.
Bagus Ameera buat jenama ini di sini.
Pada saya, idea itu sangat bijak.
@dynasmokhtar_tiktokJom review little miss khan’s blusher !? original sound – dynasmokhtar_tiktok