Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Edry Terkilan Masyarakat Beri Layanan Kasar Pada Anak Istimewa, Harap Beri...

    [VIDEO] Edry Terkilan Masyarakat Beri Layanan Kasar Pada Anak Istimewa, Harap Beri ‘Ruang’ Pada Golongan Ini – ‘Mereka Tidak Merbahaya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim berkongsi pengalaman apabila menerima layanan buruk ketika bersama anak istimewanya, Emery di sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.

    Masyarakat tidak peka

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Edry, 48, akui segelintir masyarakat tidak peka dengan keadaan anak istimewa.

    Ujarnya, golongan istimewa seperti Emery yang menghidap autism boleh bertindak di luar kawalan.

    Anak saya, Emery berada di Kuala Lumpur sudah dua malam.

    Kami pergi makan di ibu kota.

    Apa yang saya cuba sampaikan ada segelintir masyarakat yang memberi layanan kasar tanpa peka dengan keadaan anak istimewa.

    Anak autism mereka kena hidup sebegitu untuk sepanjang hidup

    Apa yg mereka inginkan adalah untuk tumpang lalu sekejap dekat dunia anda yang normal itu.

    Anggota trio adik beradik, KRU itu memohon agar masyarakat beri ‘ruang’ pada anak istimewa menjalani hidup seperti orang biasa.

    Penjaga anak istimewa

    Dalam pada itu, Edry mengingatkan masyarakat untuk tidak khuatir dengan kehadiran anak istimewa memandangkan meraka akan sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

    Anda berhadapan dengan golongan sebegini hanya beberapa minit, tapi kami sebagai ibu bapa perlu hadap sepanjang hayat.

    Jika anda berhadapan dengan golongan istimewa, anda selamat kerana ada kami sebagai penjaga.

    Berikan mereka beberapa minit.

    Jangan buat keadaan lebih teruk dengan beri layanan yang agresif.

    Mereka tidak merbahaya.

    Di akhir perkongsian, Edry yakin dunia akan lebih aman jika manusia saling bertolak ansur dalam hal sebegini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts