Pelakon Elfira Loy luah rasa sebak apabila ramai yang membantunya membuat persiapan untuk mengerjakan ibadah haji.
Artikel berkaitan: Elfira Loy Terkejut Choi Si-won Sokong Produk Israel? – ‘Okay Bye Oppa’
Artikel berkaitan: ’Saya Tak Pergi Konsert Coldplay’ – Elfira Loy
Menangis terharu
Menerusi perkongsian di TikTok, Elfira menangis selepas mencuba pakaian pemberian jenama muslimah tempatan untuk dibawa ke Tanah Suci Makkah.
Assalamualaikum. Hari ni hari pertama saya cuba baju-baju yang orang bagi. Saya tak pernah buat video menangis macam ni tapi rasa terharu bila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua.
Saya sangat tersentuh. Terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang banyak tolong saya.
Saya rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba untuk packing baju haji saya.
Dalam pada itu, Elfira turut menyatakan rasa masih tidak percaya dia mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji.
Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja baik-baik dulu.
@justelfiraloyBismillahirrahmanirrahim. Mungkin ad ayanh tahu , mungkin ada yang taktahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja baik baik dulu.? Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella