Cuaca yang panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius menjadi antara cabaran utama buat para jemaah bagi menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Difahamkan, sekurang-kurangnya 550 jemaah meninggal dunia disebabkan suhu panas terik. Malah tular beberapa video di media sosial yang memaparkan jemaah Haji bergelimpangan di tepi jalan di Arab Saudi.
“Video Itu Boleh Mengundang Fitnah…”
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon, Elfira Loy menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab merakam serta memuatnaik video para syahidah yang meninggal ketika melakukan Haji.
“Tak sangka tular video beberapa individu yang merakam dan post video para syahidah yang meninggal ketika melakukan Haji. Pertama sekali, ianya sesuatu yang tidak baik untuk dimuatnaik tanpa censored.
Video tu boleh mengundang fitnah dan juga membawa perkara negatif kepada para jemaah akan akan datang.”-tulis Elfira
View this post on Instagram
Pasukan Perubatan Bekerja Keras Bantu Jemaah Haji
Tambahnya lagi, dia yang menjadi salah seorang jemaah Haji pada tahun ini menyatakan bahawa dia telah melihat para pasukan perubatan di sana berusaha membantu para jemaah yang memerlukan bantuan.
“Saya telah memerhati situasi itu secara langsung, dan saya juga telah menyaksikan dedikasi pasukan perubatan dalam usaha mereka untuk membantu. Anda boleh kerap mendengar bunyi ambulans yang kerap, bekerja keras untuk menjaga jemaah Haji.
Bukan itu sahaja, jalan raya dipenuhi trak makanan, mengagihkan makanan secara adil kepada semua jemaah Haji, termasuk mereka yang tidak mendaftar Haji.”-kongsi Elfira lagi
Sama-sama kita doakan agar para jemaah Haji di sana dipermudahkan segala urusan dan berada dalam ekadaan baik-baik sahaja..Apa komen anda?