Meskipun sudah 26 tahun dicipta, namun lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian ratu rock negara Ella itu masih didendangkan sehingga hari ini terutama ketika sambutan kemerdekaan.
Ella bangga
Ketika ditemui Ella atau nama lengkapnya Nor Azila Aminuddin meluahkan rasa bangga apabila lagu tersebut kekal menjadi sebuah karya malar segar malah sangat bermakna bagi setiap rakyat Malaysia.
Dalam masa yang sama, faktor lagu berkenaan masih lagi relavan adalah kerana ianya dilihat sesuai untuk setiap acara yang melibatkan negara, sekaligus dapat menyuntik semangat patriotisme.
Setiap kali sambutan kemerdekaan atau apa-apa program kebangsaan, lagu saya akan didengarkan. Sudah tentu sebagai anak Malaysia, saya berasa bangga dan bersyukur kerana karya ini diangkat.
Saya rasa bertuah kerana lagu-lagu itu dimiliki oleh saya, malah lirik, melodinya pun memang sesuai dengan pelbagai situasi seperti kemerdekaan, sukan dan untuk menaikkan semangat.
Ella berkata demikian ketika ditemui di Usanita Fest yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Ella juga berasa teruja setiap kali mengimbau kembali momen ketika merakamkan lagu ciptaan Wah Idris dan Habsah Hassan tersebut.
Ketika merakamkan lagu ini saya sangat teruja sebab ia adalah sebuah lagu yang sangat istimewa dengan baik melodi dan liriknya yang tersendiri.
Lagu itu sebenarnya telah penyatu untuk semua kaum di Malaysia. Lagu itu juga menunjukkan identiti Malaysia.
Antara sebab saya bersetuju untuk menyanyikan lagu seperti ini adalah kerana saya boleh bayangkan lagu ini akan kekal ‘evergreen’ sampai bila-bila.
Sekadar info, Standing In The Eyes Of The World dicipta pada tahun 1998 dan diangkat sebagai lagu tema bagi sukan Komanwel yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Video
@official Lagu yang kekal relevan ?? Thank you Ella ! ?# #fyp #news #ella #standingintheeyesoftheworld #evergreen ? Standing In The Eyes Of The World – Ella