Ratu rock negara, Ella berkongsi kisah tentang keperibadian suaminya iaitu Kapten Azhar Ghazali.
Ambil hati ibu
@ellarasa.podcast Kapten Azhar hadiahkan ibu Ella sebuah Al-Quran tanda nak masuk meminang. Kenapa Al-Quran???? Jom tonton episode penuh di YouTube Ella Rasa dan juga boleh dengarkan di Spotify ?? #EllaRasa #ellaaminuddin #peaceloverindu #rockqueen #podcasts
? original sound – Ella Rasa – Ella Rasa
Menerusi podcast Ella Rasa, kakak kepada pemilik nama Nor Zila Aminuddin, 58, iaitu Jojie Aminuddin mendedahkan tentang detik awal perhubungan antara adiknya itu bersama suami.
Dalam masa yang sama, Jojie turut menyifatkan Azhar sebagai seorang lelaki yang budiman kerana meminta izin ibu mereka terlebih dahulu.
Dia cakap dengan saya, ‘JoJie, saya nak jumpa ibu awak dan bercakap dengannya.’
Pada saya, dia seorang lelaki yang ‘gentleman’. Dia datang rumah, dia ambil mak keluar dan makan sama-sama.
Dia bagi mak hadiah dan ketika itu dia meminang Ella.
Dalam pada itu, pelantun lagu Mendung Tak Bererti Hujan tersebut berkata, Azhar kemudian menghadiahkan ibunya senaskah Al-Quran dan menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai isteri.
Dia bagi mak senaskah Al-Quran dan dia terus cakap dia ingin memperisterikan Ella.
Sekadar info, Ella melangsungkan perkahwinan bersama Azhar yang juga seorang juruterbang pada 7 Julai 2012.
Pasangan itu memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Shanome Az Zahra.