Ratu rock negara, Ella Aminuddin berkongsi kejadian lucu sewaktu memasak sambal untuk suaminya, Azhar Husaini.
Masak sambal masin
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Haji Aminddin berkata, sambal yang dimasak selama satu jam itu agak masin dan kurang sedap untuk dimakan.
Saya pernah masak sambal dengan dia, boleh dikatakan itu sambal istimewa, namanya sambal udang kering.
Sebenarnya sambal yang saya masak itu sangat masin, tapi dia telan (makan) je. Masinnya itu macam letak satu gelas garam.
Saya masak sambal itu dekat satu jam. Tapi hasilnya sangat mengecewakan diri saya sendiri.
Ella mendedahkan perkara itu menerusi saluran podcast Ella Rasa sebelum dikongsikan semula seorang pengguna di TikTok.
Tambah pelantun lagu Retak ini, biarpun agak masin, namun suaminya tetap menikmati hidangan tersebut kerana menghargai usahanya.
Tapi dia tak marah pun, dia sangat memahami. Tapi dia happy dan terhibur. Mungkin dia nampak kesungguhan saya masak dah menghargainya.
Sekadar info, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2012.