Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ellie Suriaty Beri Pendapat Isu ‘Childfree’ – ‘Mungkin Disebabkan Ekonomi, Tapi...

    [VIDEO] Ellie Suriaty Beri Pendapat Isu ‘Childfree’ – ‘Mungkin Disebabkan Ekonomi, Tapi Bagi Saya Satu Kerugian Kalau Tidak Mahu Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ellie childfreeellie childfree

    Isu ‘childfree’ iaitu pasangan suami isteri yang mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak menjadi topik perbincangan di media sosial dan mendapat perhatian banyak pihak.

    Pendapat Ellie Suriaty

    ellie suriatyellie suriaty

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar berpendapat kemungkinan faktor ekonomi yang menjadikan pasangan muda mengambil keputusan untuk tidak memiliki zuriat.

    Menurut Ellie, mereka mengambil keputusan tersebut berikutan taraf hidup yang sangat tinggi di beberapa tempat terutamanya di kawasan bandar.

    Ianya sangat subjektif, zaman sekarang mungkin disebabkan oleh ekonomi. Ekonomi terlalu tinggi terutamanya kalau yang tinggal dekat Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

    Mungkin ekonomi di kampung masih okay tapi apabila kita bercakap tentang bandar-bandar besar ia sangat membuatkan pasangan muda mengambil keputusan untuk ‘childfree’.

    Bagaimanapun, aktres berusia 53 tahun tersebut berkata pasangan suami dan isteri akan berasa rugi jika tidak memiliki cahaya mata.

    Dalam masa yang sama, Ellie tidak menolak kemungkinan perancangan ‘childfree’ bagi segelintir individu hanyalah bersifat sementara.

    Tetapi bagi saya, rezeki Allah untuk mendapatkan zuriat, jadi ianya adalah satu kerugian kalau tak mahu melainkan kalau pasangan itu ambil keputusan untuk begitu.

    Mungkin pada masa akan datang dia akan berubah fikiran. Sebab manusia berubah-ubah. Dia punya perancangan keluarga untuk sekarang adalah ini (childfree), tapi dia boleh ubah pendapat pada masa akan datang.

    Terdahulu, isu mengenai ‘childfree’ ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan wargamaya di aplikasi X selepas seorang individu menulis ciapan bahawa dirinya mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan ‘childfree’.

    Bukan itu sahaja, individu tersebut juga menganggap bahawa memiliki anak memerlukan duit yang banyak.

    @mingguanwanita

    “Child free” yang menjadi trend pasangan muda zaman sekarang sedang hangat diperkatakan di setiap media sosial. Ada yang setuju dan menyokong dengan keputusan untuk tidak mempunyai anak dalam perkahwinan dan ada juga yang membantah. Rasa-rasanya pengikut Mingguan Wanita lebih cenderung kepada yang mana? Saksikan video penuh di YT dan FB Mingguan Wanita ?? #assamboi #aurawanita

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    ALSO READ:  [VIDEO] Shuib Terharu melihat Talita Sudah Mencapai Usia Dewasa - 'Anak Daddy Sudah Menjadi Remaja, Semoga Menjadi Wanita Solehah'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts