Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ellie Suriaty Dilamun Cinta Dengan Jejaka Berusia Lewat 30an – ‘Tak...

    [VIDEO] Ellie Suriaty Dilamun Cinta Dengan Jejaka Berusia Lewat 30an – ‘Tak Nak Cerita Lebih, Takut Tak Jadi..Malu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ellie Suriaty mengakui kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu.

    Ellie Suriati di fasa bahagia

    Ketika ditemui , Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar menyifatkan jejaka berusia lewat 30-an itu seorang lelaki yang baik dan matang selain boleh menerima dua anaknya.

    Sebenarnya saya malu, rasa macam serius ke dia ni. Dia pula muda pada saya, lewat 30an.

    Dia boleh terima anak-anak saya itu paling utama. Kalau dia tak boleh terima anak-anak pada saya tak boleh.

    Elly berkata demikian ketika ditemui selepas pementasan teater Andak Bertandak bertempat di The Kuala Lumpur Performimg Arts Centre (KLPAC) pada Khamis.

    Dalam pada itu, Ellie, 53, mengakui bahawa dia lebih selesa ‘merahsiakan’ dan tidak mahu bercerita lebih tentang perhubungannya kepada umum. Namun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Saya tak nak cerita lebih-lebih, kalau tak jadi nanti malu. Jadi simpan sahaja lah. Saya pun masih mengenali dia dan sekarang saya hanya nikmati hubungan ini.

    Bab jodoh, itu semua saya letakkan pada Allah tapi saya tak nak cakap lebih, nanti kalau kita cakap lebih takut tak jadi.

    Tambah pelakon teater Andak Bertandak ini lagi, dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh sekali lagi kerana ia adalah takdir yang telah ditetapkan Allah SWT.

    Kalau ada jodoh, saya okay sahaja. Tapi kita kena pastikan keluarga (ibu bapa) dia boleh terima.

    Itu saya serah pada Allah SWT, tak ada nak paksa paksa sebab dia anak bujang orang.

    Untuk rekod, Azri Iskandar dan Ellie bercerai pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 15.

    ALSO READ:  Balasan Setimpal: Allah Memerintahkan Orang Lain Menyebarkan Aibmu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts