Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Elliza AF3 Mengaku Pernah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, 12 Tahun...

    [VIDEO] Elliza AF3 Mengaku Pernah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, 12 Tahun Sabar & Sara Keluarga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan pelakon Elliza Razak mengakui bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

    12 tahun bertahan

    Menerusi temu bual bersama , Elliza berkata, dia berasa syukur dan lega kerana berjaya keluar daripada hubungan yang banyak menghancurkan hidupnya. Menurut Elliza, dia sah bercerai dengan bekas suami pada bulan Februari lalu selepas 12 tahun hidup bersama.

    Ujar Elliza lagi, sepanjang perkahwinan itu dia turut mengambil peranan sebagai ketua keluarga terutama dalam menguruskan perbelanjaan.

    Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan, saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga. Iya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad untuk failkan cerai kerana sudah tak tahan.

    Punca saya mula melakukan proses permohonan cerai apabila dia ugut tidak benarkan saya berjumpa anak-anak. Saya perlu jaga soal kesihatan mental dan emosi.

    Berbicara lebih lanjut, bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketiga ini turut memberitahu bahawa dia tidak pernah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

    Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan tentang anak-anak. Tetapi selepas bercerai saya ada buat cover report supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.

    Dalam tempoh idah pun dia dan pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku.

    Elliza yang ditemu selepas Majlis Ulang Tahun Suria FM yang ke-17 sebentar tadi, turut menunjukkan kepada pihak media gambar kesan lebam pada wajahnya dipercayai akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2015.

    Lebih menyedihkan, dua orang anaknya turut mengalami trauma selepas menjadi saksi dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Allah Hadirkan Semangat Baru’ – Kieda Crepe Umum Hamil Selepas Lima Tahun Menunggu

    Tidak mahu mengenang kisah silam, Elliza secara ringkas memaklumkan dia mahu membina karier semula dalam bidang seni.

    Selepas apa yang saya lalui, saya perlu bangkit dan membina semangat baharu. Ini merupakan masa terbaik untuk saya kembali aktif dalam dunia seni selepas sekian lama mendiamkan diri. Saya nak cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur saya jumpa orang yang tepat untuk menguruskan kerjaya seni.

    Ujar Elliza lagi, dia sudah melancarkan lagu baru berjudul ‘Urai’, baru-baru ini. Lagu tersebut dijadikan sebagai runut bunyi drama Akad Yang Terlindung siaran slot Akasia di TV3.

    Lagu ini boleh dikatakan hampir sama dengan kisah hidup saya. Jadi buat mereka yang merindui kemunculan saya, korang boleh dengar lagu ini. InsyaAllah akan ada projek-projek lain selepas ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts